
Tanggal 30 Apr 2025

Jam: 04:56:42

Total pengunjung: 941
Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi
Sulaiman A.S

(gambar ini hanya ilustrasi saja)
Nabi Sulaiman A.S. merupakan antara nabi yang yang memiliki mukjizat seperti mampu berkomunikasi dan melihat jin dan sebagainya. Antara mukjizat lain yang diberikan oleh Allah SWT pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah SWT. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar. Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama
pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi
salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan
berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin
sehingga baginda melalui sebuah perkampungan
nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di
antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta
menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada
seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak
menarik perhatian kaum lelaki. Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya
melalui tempat itu, maka penduduk kampung
menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca
menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan
mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang
melalui kawasan itu. Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis
yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya
aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi
Sulaiman a.s.” Apabila teman-temannya yang lain mendengar
ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya
dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati:
“Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya
hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam
langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat
kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai
wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi
permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar
bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun
belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau
berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka
mentertawakan si gadis hitam tadi. Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa
sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat
pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak
dipinta. Akhlah yang baik lebih utama. Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-
pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah
kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah
masing-masing. Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda
berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda
melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan
namanya, lalu diserahkan pada isterinya. Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan
dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu
menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai
isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa
ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada
Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s. Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan
hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya
tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku
kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam
kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru
inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah
diserahkan. Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga.
Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang
yang menyamar sebagai diri baginda kerana
isterinya tidak mempunyai alasan untuk
menyerahkan barang kepunyaannya kepada
sesiapapun jua. Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut,
iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di
singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi
Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang
yang menyerupai dirinya duduk di atas
singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara. Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian,
sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang
sebenar.” Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang
memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja
Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di
kerusi singgahsana. Kamu pendusta!” Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda,
maka baginda pun pergi meninggalkan istana,
menuju dari sebuah perkampungan ke
perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya
sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka
menafikannya. Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan
yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan
hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan
kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu
menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia
sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman. Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai
seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja
bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu dan
penat sehingga menghasilkan pendapatan yang
lumayan dengan nelayan itu. Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat
menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur
oleh sebab keletihan. Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan
tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si
nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah
Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.” Gadis tersebut pun pergilah mendapatkan baginda
yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular
dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu
melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera
dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan
menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda
adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan
baginda sendirian sehingga akhirnya baginda
terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi
hidangan tengahari bersama-sama. Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal
nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk
mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi
Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan
itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama
gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri
yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan
telah menjadikan impiannya suatu kenyataan. Manakalah di istana yang telah ditinggalkan
baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as
memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia.
Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit
tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang
dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannya
ditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta
kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari
kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya
Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar
sebagai baginda. Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan. Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as
keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan
hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan
yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam
pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka
ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala
sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam. Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan
dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut
ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi
Sulaiman as dan nama Allah. Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi
melihat baginda akan cincin itu, baginda terus
mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada
Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia
duga sementara rasa kasih terhadap isterinya
semakin bertambah. Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat
baginda meyakini bahawa baginda adalah
sebenarnya Raja Sulaiman. Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke
istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang
telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat
untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi
merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan
menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah
Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh
itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan
sehingga merasa cemburulah teman-teman yang
pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu. Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan
disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah
menyedari kesilapan meraka. Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian
rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga
binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui
siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan
menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana.
Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda. Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang
tidak hadir adalah jin Ifrit. Dengan ini,
diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri
cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa
marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah
memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang
bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang
diperintah itu segera pergi mencari tempat
persembunyian Ifrit. Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang
di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi
Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan
kesalahannya.
Sumber : http://islamdongeng.blogspot.com
Di tulis oleh : Wahyu Mysterio