
Tanggal 30 Apr 2025

Jam: 00:43:12

Total pengunjung: 349
Kisah Penciptaan Tubuh Rasulullah

(gambar ini hanya ilustrasi saja)
Ka’ab al Ahbaar radhiy-Allahu ‘anhu mengatakan,
“Ketika Allah SWT menginginkan untuk
menciptakan Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam, Ia memerintahkan Malaikat Jibril untuk
membawa kepada-Nya tanah liat yang menjadi
jantung dari bumi, yang menjadi kemegahan dan cahayanya. Jibril pun turun, ditemani beberapa
malaikat dari Tempat Tertinggi di Surga. Ia
mengambil segenggam tanah untuk penciptaan Nabi
sall-Allahu ‘alaihi wasallam dari suatu tempat yang
kini menjadi makam suci beliau sall-Allahu ‘alaihi
wasallam; tanah itu berkilau putih cerah. Kemudian ia meramas dan mengadun tanah itu dengan air
ciptaan terbaik dari Air Terjun Syurgawi Tasniim,
yang berada dalam sungai-sungai jernih yang
mengalir di Syurga. Ia mengaduninya sampai tanah
itu menjadi suatu mutiara putih dengan pancaran
warna putihnya yang cemerlang. Para malaikat membawanya, mengelilingi ‘Arasy Syurgawi dan
gunung-gunung dan samudera. Dengan begitu, para
malaikat dan seluruh makhluq menjadi tahu akan
keberadaan junjungan kita Muhammad sall-Allahu
‘alaihi wasallam dan kehormatan beliau; sebelum
mereka mengetahui Adam.” Ibn ‘Abbas radhiy-Allahu ‘anhumengatakan, “Asal
usul dari tanah liat Nabi Muhammad sall-Allahu
‘alaihi wasallam adalah dari pusat bumi, di Makkah,
di titik di mana Ka’bah berdiri. Kerana itu pula,
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam menjadi
asal usul penciptaan, dan semua makhluq ciptaan adalah pengikut-pengikut beliau.”
Pengarang Awarif al Ma’arif [al-Suhrawardi],
berkata bahawa ketika Banjir meluap, menebarkan
buih ke seluruh penjuru, esensi dari Nabi sall-Allahu
‘alaihi wasallam berhenti hingga ke suatu tempat di
dekat tanah kubur beliau di Madinah, sehingga beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam menjadi
seseorang yang termasuk dalam Makkah mahupun
Madinah.
Diriwayatkan bahawa ketika Allah Subhanahu Wa
Ta’ala menciptakan Adam ‘alaihissalam, Ia
Subhanahu Wa Ta’ala mengilhamkan kepada Adam untuk bertanya, “Wahai Tuhan, mengapakah Engkau
memberiku nama panggilan, Abu Muhammad (ayah
dari Muhammad)?” Allah menjawab, “Wahai Adam,
angkat kepalamu.” Adam pun mengangkat kepalanya
dan ia melihat cahaya dari Muhammad sall-Allahu
‘alaihi wasallam dalam kubah ‘Arsy. Adam kemudian bertanya lagi, “Wahai Tuhan, cahaya
apakah ini?” Allah menjawab, “Ini adalah cahaya
dari seorang Nabi keturunanmu. Namanya di Syurga
adalah Ahmad, dan di Bumi namanya Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam. Jika bukan demi
dirinya, tentu Aku tidak akan menciptakan dirimu, tidak pula Langit, tidak pula Bumi.”
‘Abd al-Razzaq meriwayatkan, dari Jabir bin
‘Abdullah radhiy-Allahu ‘anhu, bahawa ia berkata,
“Ya RasulAllah, semoga ayahku dan ibuku
dikorbankan demi dirimu, ceritakan padaku tentang
hal pertama yang Allah ciptakan, sebelum yang lain- lainnya.” Beliau menjawab, “Wahai Jabir, Allah
menciptakan, sebelum apa pun yang lain, cahaya
Nabimu dari cahaya-Nya. Cahaya itu mulai bergerak
ke mana pun Allah kehendaki dengan Qudrat Ilahiah
Allah. Pada saat itu belum ada Tablet (Lauh) belum
pula Pena; belum ada Syurga mahupun Neraka, tidak ada malaikat; tidak ada Langit, tidak pula
Bumi; tak ada Matahari mahupun Bulan, tak ada
Jinn ataupun manusia. Ketika Allah ingin untuk
menciptakan makhluq-Nya, Ia membagi cahaya itu
menjadi empat bagian. Dari bagian pertama, Ia
menciptakan Pena, dari yang kedua, Tablet (Lauh), dan dari yang ketiga, ‘Arasy. Kemudian, Ia
membahagi bahagian keempat menjadi empat
bahagian: bahagian pertama membentuk para
pembawa ‘Arasy, bahagian kedua menjadi
penunjang kaki ‘Arasy, dan dari bahagian ketiga Ia
menciptakan malaikat-malaikat lainnya. Ia kemudian membahagi bahagian keempat menjadi empat
bahagian lagi: Ia menciptakan langit dari bahagian
pertama, bumi-bumi dari bahagian kedua, Syurga
dan Neraka dari bahagian ketiga. Kemudian Ia
membahagi lagi bahagian keempat sisanya menjadi
empat bahagian: menciptakan cahaya firasat orang- orang beriman dari bahagian pertama, cahaya
kalbu-kalbu mereka(iaitu ma’rifat Allah) dari
bahagian kedua, dan dari bahagian ketiga Ia
ciptakan cahaya kesenangan dan kegembiraan (Uns,
iaitu Laa ilaha illa Allah, Muhammadun
Rasuulullah). Suatu riwayat lain dari ‘Ali ibn Al-Husain radhiy-A
llahu ‘anhu dari ayahnya [iaitu Husain ibn 'Ali ibn
Abi Talib, peny.] radhiy-Allahu ‘anhu, dari datuknya
[iaitu 'Ali ibn Abi Talib] karram-Allahu wajhahu,
dari Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam yang
bersabda, “Aku adalah suatu cahaya di hadapan Tuhanku, empat belas ribu tahun sebelum penciptaan
Adam.” Telah pula diriwayatkan bahawa ketika
Allah menciptakan Adam ‘alaihissalam, Ia
Subhanahu Wa Ta’ala menaruh cahaya itu di
punggung Adam, dan cahaya itu biasa berkilau dari
bahagian depannya, menelan seluruh sisa cahayanya. Kemudian Allah menaruh cahaya itu ke
‘Arasy Kekuasaan-Nya, dan memerintahkan
malaikat-malaikat-Nya membawanya di pundak
mereka, dan memerintahkan mereka pula untuk
membawa Adam berkeliling di Langit dan
mempertunjukkan padanya keindahan-keindahan Kerajaan-Nya.
Ibn ‘Abbas radhiy-Allahu ‘anhu berkata, Penciptaan
Adam adalah pada hari Jumat di sore hari. Allah
kemudian menciptakan baginya Hawa’, istrinya, dari
satu tulang rusuk kirinya ketika ia sedang tertidur.
Saat ia bangun dan melihat Hawa’, Adam merasa tenteram dengannya, dan ia mulai merentangkan
tangannya ke Hawa’. Malaikat berkata, “Berhenti,
Adam.” Adam berkata, “Kenapa, tidakkah Allah
menciptakannya untukku?” Mereka menjawab,
“Tidak boleh hingga kau membayar mas kawin
padanya”. Adam bertanya, “Apa mas kawinnya?” Para Malaikat menjawab, “Dengan membaca
salawat atas Muhammad tiga kali.” [dan dalam
riwayat lain, dua puluh kali].
Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Adam
‘alaihissalam meninggalkan Syurga, ia melihat
tertulis di kaki ‘Arasy dan di setiap titik dalam Syurga, nama Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam di samping nama Allah. Adam bertanya,
“Wahai Tuhan, siapakah Muhammad?” Allah
menjawab, “Dia adalah anakmu, yang jika
seandainya tidak demi dirinya, tentu Aku tidak akan
menciptakanmu.” Kemudian Adam berkata, “Wahai Tuhan, demi anak ini, kurniakanlah rahmat pada
ayahnya.” Allah memanggil, “Wahai Adam,
seandainya engkau akan bersyafa’at melalui
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bagi
seluruh penduduk Langit dan Bumi, Kami akan
kabulkan permohonan syafa’atmu.” ‘Umar Ibn al-Khattab radhiy-Allahu ‘anhu berkata
bahawa Sayyidina Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam bersabda, “Ketika Adam berbuat dosa, ia
berkata, ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu demi
Muhammad untuk mengampuniku.’ Allah Subhanahu
Wa Ta’ala berfirman padanya, ‘Bagaimana dirimu tahu akan Muhammad padahal Aku belum
menciptakannya?’ Adam menjawab, ‘Kerana ketika
Engkau, Ya Tuhanku, menciptakanku dengan
Tangan-Mu, dan meniupkan padaku dari Ruh-Mu,
aku memandang ke atas dan melihat tertulis di kaki-
kaki ‘Arasy, Laa ilaaha illallah, Muhammadun Rasuulullah. Aku tahu bahawa Engkau tidak akan menaruh suatu nama di samping Nama-Mu,
melainkan pastilah itu adalah nama seseorang yang
paling Kau-cintai dari makhluq-Mu.’ Allah
berfirman, ‘Oh, Adam, kau telah mengatakan
kebenaran: dialah yang paling Kucintai di antara
makhluq ciptaan-Ku. Dan kerana engkau telah memohon pada-Ku demi dirinya, engkau kuampuni.
Seandainya tidak untuk Muhammad, Aku tak akan
menciptakanmu. Dialah penutup para Nabi dari
keturunanmu.’”
Dalam Hadits Salman radhiy-Allahu ‘anhu,
diriwayatkan bahawa Jibril ‘alaihissalam turun menemui Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam dan
berkata, “Tuhanmu mengatakan, ‘Jika Aku telah
menjadikan Ibrahim sebagai yang Ku-cintai, sahabat
dekat (khalil), Aku pun menganggapmu demikian.
Tak pernah Ku-ciptakan makhluq apa pun yang lebih
berharga bagi-Ku daripada dirimu, dan telah Ku- ciptakan dunia ini dan penduduknya dengan maksud
untuk membiarkan mereka mengetahui
kehormatanmu dan mengetahui erti keberadaanmu
bagi-Ku; dan seandainya tidak untukmu, tidaklah
Kuciptakan dunia ini’”.
Hawa’ ‘alaihassalam melahirkan empat puluh anak dari Adam ‘alaihissalam, dalam dua puluh kali
kelahiran; tetapi ia melahirkan Seth [atau Syits]
‘alaihissalam secara terpisah, sebagai kehormatan
bagi junjungan kita Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam, yang cahayanya berpindah dari Adam ke
Seth. Sebelum wafatnya, Adam menitipkan pemeliharaan anak-anaknya kepada Seth, dan ia
pun, sebagai gilirannya, mempercayakan pada anak-
anak tersebut, wasiat dari Adam: untuk menaruh
cahaya itu hanya pada wanita yang suci. Wasiat ini
berlanjut, abad demi abad, sampai Allah memberikan
cahaya itu kepada Abdul Muttalib dan puteranya, Abdullah. Dengan cara inilah, Allah menjaga
kemurnian silsilah tanpa cela dari Nabi Muhammad
sall-Allahu ‘alayhi wasallam, dari perzinaan orang-
orang bodoh.
Ibn ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata, “Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Tak satu pun perzinaan jahil menyentuh kelahiranku. Aku
dilahirkan tidak lain hanya dengan pernikahan
Islam.’”
Hisyam ibn Muhammad Al-Kalbi meriwayatkan
bahawa ayahnya berkata, “Aku menghitung bagi
(silsilah) Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam ada lima ratus ribu ibu, dan tak
kutemukan di antara mereka satu jejak pun
perzinaan, atau apa pun dari interaksi orang-orang
bodoh.”
Ali radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi sall-
Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Aku datang dari pernikahan, aku tidak datang dari perzinaan; dari
Adam hingga diriku dilahirkan dari ayah dan ibuku,
tak satu pun perzinaan orang jahil yang menyentuh
diriku.”
Ibn ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Orang tua moyangku tak pernah melakukan
perzinaan. Allah menjaga memindahkanku dari sulbi
yang baik ke rahim yang suci, murni dan tersucikan;
bila saja ada dua jalan untuk berpindah, aku
menuju ke yang terbaik di antara mereka.”
Anas radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam membaca, “La qad jaa-akum Rasuulum min Anfusikum” [QS. 9:128], dan bersabda, “Aku adalah yang terbaik di
antara kalian dalam silsilahku, dalam hubungan-
hubungan-ku dan nenek moyangku: tak ada
perzinaan pada ayah-ayahku dalam setiap tingkat
hingga ke Adam.”
‘Aisyah radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan dari Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam bahawa Jibril
‘alaihissalam berkata, “Aku telah meneliti Bumi
dari timur ke barat, dan tak kutemui seorang
manusia pun yang lebih baik dari Muhammad sall-
Allahu ‘alaihi